Posts

‘Kau tak famous, kami famous, pakai beg buruk diketawakan’ - Puteri Balqis

Image
Sengketa lampau antara pelakon muda sensasi Puteri Balqis dengan Mia Sara semakin memuncak apabila dia sekali lagi membuka mulut pengalaman pahit menjadi mangsa buli didakwa dilakukan pelakon seangkatannya itu dalam industri lakonan. Begitupun, Puteri Balqis, 19, berkata kutukan dilemparkan hanya dianggap sebagai gurauan kanak-kanak malah lebih teruk apabila individu sama masih dengan sikap suka memalukan keluarganya selepas dewasa. “Ya saya dibuli set penggambaran oleh yang menganggap mereka hanya budak-budak. Tiada siapa percaya saya dibuli waktu itu. “Saya ditolak ketika nak bergambar dengan peminat dengan ayat ‘kau tak famous (popular), kami famous’. Beg buruk saya diketawakan. “Bila besar, ingatkan dah berubah. Sambung lagi dengan malukan ibu saya pula. Terima kasih. Setidaknya ada yang tahu saya tidak menipu,” katanya dalam perkongsian di TikTok. Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu mendedahkan pengalaman lalunya sebagai maklum balas terhadap...

Toyol Tahyul (TV2)

Image
Saksikan telefilem Toyol Tahyul arahan Feroz Kader akan disiarkan pada Rabu, 26 Januari ini, jam 9 malam di TV2 di RTMKlik. Toyol Tahyul Waktu Siaran: Rabu, 28 Januari 2026, 9:00 malam Rangkaian: TV2 / RTMKlik Pengarah: Feroz Kader Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd Pelakon Rasya Dean, Jasper Supayah, Kimberly Chuah, Zera Hariz Sinopsis Toyol Tahyul Nalini, Rania, Damya dan Chen Chen merupakan bekas siswi yang membuat perjumpaan semula disebuah homestay di kawasan pedalaman hutan. Kejadian aneh dan seram berlaku kepada mereka sejak mereka datang. Bermula dengan kejadian barang-barang milik mereka hilang satu persatu. source https://www.wanfar.com/2026/01/toyol-tahyul-tv2.html

Tidak perlu berasa bangga dan megah dengan pangkal Syed di depan nama – PU Syed

Image
  Tidak perlu berasa bangga dan megah dengan pangkal Syed di depan nama – PU Syed Pendakwah bebas, PU Syed tampil membuat penjelasan setelah namanya turut terpalit dengan isu melibatkan seorang pendakwah selebriti yang dihukum akibat melakukan jenayah seksual. Tiada kebanggaan pangkal nama Syed Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Isha itu berkongsi semula mesej seorang individu yang meminta agar dirinya membantu membersihkan semula gelaran Syed yang sudah tercemar. Sehubungan itu, dia menegaskan bahawa nama atau keturunan seseorang tidak memberikan sebarang kelebihan, sebaliknya setiap insan perlu menjaga akhlak dan beriman kepada Tuhan.    “Kata hamba Allah tu saya kena bersihkan nama Syed. “Keturunan ini tak perlu dibersihkan kerana ianya adalah anugerah Allah. Tiada kebangaan dan tiada rasa megah dengan pangkal Syed berada di depan nama. “Yang perlu dibersihkan adalah orang-orang yang membawa nama Syed itu. Suda...